IQBA Training Centre merupakan sebuah pusat pentauliahan dan bimbingan al-Quran secara bersanad dan bahasa arab oleh tenaga pakar. Kami dinaungi oleh Dehaty Enterprise bagi memastikan pentadbiran di IQBA Training Centre berjalan lancar. IQBA diuruskan oleh Ustaz Muhammad Yusri bin Mohd Zahir dan beroperasi di Kulim , Kedah .

IQBA bermula dengan pengajian al-Quran bersanad ke rumah-rumah secara peribadi dan sehingga kini kami telah berjaya mengumpulkan tenaga mahir dari timur tengah bagi menambah-baikkan dan memberikan perkhidmatan tidak kira masa dan tempat.

Tenaga pengajar al-Quran yang terlatih layak untuk membimbing pengajian al-Quran bersanad manakala tenaga pengajar tidak terlatih terhad kepada bimbingan asas al-Quran iaitu iqra, qiraati, dan setaraf dengannya.

Manakala tenaga pengajar bahasa arab yang terlatih layak untuk membimbing pelajar diperingkat STAM , universiti dan boleh dihantar ke pusat-pusat tuisyen yang memerlukan . Tenaga pengajar bahasa arab tidak terlatih pula terhad kepada pelajar di peringkat SMRA dan ke bawah.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 IQBA Training Centre / Blogarized by : Yusryart